Lawatan YB Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Tapak Tanjong Agas Maritime Park - TGA Solutions

Lawatan YB Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Tapak Tanjong Agas Maritime Park

Lawatan YB

YB. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr. Ong Kian Ming telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Tanjung Agas Maritime Park, Pekan, Pahang Darul Makmur pada 4 Mac 2019 yang lalu. Turut hadir sama semasa lawatan tersebut adalah YB Puan Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Adun Teruntum, YB Sim Chon Siang serta wakil-wakil jabatan/agensi teknikal Negeri Pahang.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengetahui perkembangan terkini pembangunan projek Tanjong Agas Maritime Park, Pekan yang mana pada ketika ini sedang diperingkat akhir pembangunan sistem bekalan air dan elektrik.

Projek pembangunan infrastruktur ini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2020 yang mana pada ketika ini PKNP serta pemaju, TGA Solutions Sdn. Bhd. sedang giat mempromosi projek tersebut kepada pelabur tempatan dan luar negeri.

Useful Links

Copyright © 2020 TGA Solutions. All Rights Reserved.

Terms and Conditions | Privacy Policy